[vc_row][vc_column][vc_column_text]DNA Eropah bakal disaksikan di Kelantan FC apabila mengikat jurulatih dari Itali, iaitu Marco Ragini menjadi pilihan pemilik pasukan, Norizam Tukiman untuk mengendalikan pasukan itu musim ini.
Perkembangan itu dapat disaksikan menerusi laman Facebook Zamsaham yang mengesahkan jurulatih baharu itu memiliki Lesen Pro Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) dan pernah menjadi tenaga pengajar di Persekutuan Bolasepak Itali.
Bukan itu sahaja, pengendali terbabit turut berpengalaman menjadi jurulatih di Itali, Switzerland, Portugal, Mongolia dan Nigeria.
“Meeting Head Coach pertama sejurus sampai di Kelantan hari ini (semalam). Aku suruh rehat, dia tak mahu.
“Dia kata, dia terbang sejauh 12,000 (kilometer) bukan untuk holiday (bercuti). Dia bersungguh untuk capaikan misi dan visi TRW Kelantan FC. Baguslah.
“Mudahan Allah merahmati pasukan TRW kita,” kata Norizam.
Selain Ragini, Kelantan FC turut mendapatkan khidmat jurulatih penjaga gol dari Itali serta pembantu jurulatih dan jurulatih kecergasan dari Sepanyol.
Namun, kepakaran tempatan tidak dilupakan apabila pembantu jurulatih, Ketua Pembangunan dan Metodologi serta Pengarah Teknikal dibarisi anak tempatan.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]